Friday, January 30, 2015

TEKNIK TAWAR-MENAWAR DI CHINA

Sekarang kita masuk pula ke bahagian tawar-menawar sewaktu membeli barang dari China.

1) Cuba beli secara berkumpulan jika ke kedai borong. Di China semakin tinggi kuantiti tempahan yang anda
 
    buat, semakin banyak pengurangan harga yang akan anda perolehi.

2) Biasanya kadar pengurangan harga borong barangan adalah tidak terlalu tinggi. Ianya hanya sekitar 15-

   30% sahaja. Ini juga akan dikurangkan jika anda menaikkan kuantiti barangan yang dibeli. Contohnya jika

  harga untuk 10 unit barangan ialah 30 yuan, jika anda mengatakan anda ingin membeli barangan itu

  sebanyak  20 unit. Mungkin harganya akan dikurangkan kepada 27 yuan. Dan apabila kuantiti dinaikkan

  lagi, harganya akan dikurangkan lagi sehingga harga akhir mungkin hanya sekitar 18-20 yuan.

3) Jika anda menghadapi masalah komunikasi sewaktu berada di sana. Gunakan saja kalkulator

   pemborong di sana. Kalkulator ini boleh menjadi alat yang sangat berguna sewaktu berada di

   China nanti.

4) Setelah anda mendapat harga terendah di sebuah kedai. Ambil “namecard” dan catitkan lokasi kedai
   
    borong itu. Kemudian, cari kedai lain yang menjual barangan yang sama untuk mendapat harga yang lebih

   baik. Jika anda tidak mendapat harga lebih baik. Kembali ke kedai pertama anda itu tadi untuk membuat

   tempahan.

5) Buat tempahan hanya dengan membayar deposit maksimum 30%-50% sahaja. Jangan sekalikali

   membayar penuh. Jika anda bayar penuh, risiko anda untuk terdedah kepada penipuan

   akan menjadi sangat tinggi.

6) Setelah pembayaran deposit dibuat. Penjual akan memberitahu anda bila waktu barangan itu akan siap.
   
   Apabila anda datang semula untuk membayar baki bayaran penuh. Pastikan kualiti dan kuantiti barangan

   yang anda beli itu sebelum membuat bayaran baki.

Kini kami membuka ruang dan peluang kepada usahawan untuk Borong Barang Murah di Guangzhou bersama kami.

============================================
Dazra Ventures & Consultancy  (002302801-U)
Mobile: 017 847 8843
Facebook.com/JomBorongTerusDariSumber
Instagram: @dazraventures
Twitter: JomBorongTerus
www.dazra.my

Thursday, January 29, 2015

MEMBELI-BELAH / MEMBORONG DI CHINA

Sekarang kita sampai ke bab yang paling utama yang merangkumi tujuan utama kita datang ke China. Saya akan huraikan bab ini dalam “point form” supaya lebih mudah untuk kita fahami.

1)    Anda perlu mengetahui pasaran sebelum membeli dalam kuantiti yang banyak. Apabila mengetahui pasaran, anda mesti tahu menilai barangan yang hendak dibeli. Pengetahuan mengenai barangan yang ingin dibeli adalah penting agar kita tidak mudah ditipu oleh penjual semasa memborong.
2)    Setelah berada di China, buat rancangan atau jadual pemborongan agar masa anda tidak terbuang dengan sia.sia sahaja. Fikirkan plaza mana yang anda perlu pergi pada permulaan hari dan hari-hari seterusnya. Biasanya plaza-plaza ini akan dibuka pada pukul 10.00 pagi dan tutup pada pukul 5.30-6.00 petang .
3)    Pastikan anda keluar dari hotel sekurang-kurangnya pukul 9.30 pagi dan bertolak pulang kira-kira pukul 3.30 petang (sangat susah untuk mendapatkan teksi selepas pukul 4.00 petang dan jika anda menaiki MTR, keadaan sangat sesak. Jadi anda dinasihatkan mengelak pulang lebih dari pukul 4.00 petang )
4)    Pada kali pertama, jangan terus membeli barangan yang anda lihat atau suka. Cuba pusing keseluruhan plaza dan bandingkan harga antara satu kedai dan kedai yang lain. Tanya secara terperinci seperti harga, saiz, warna, jenis-jenis dan lain-lain soalan berkaitan dengan produk.
5)    Jika anda bersetuju dengan harga, buat tempahan. Pastikan anda tanya samada pemborong itu boleh memberikan barangan itu pada hari yang sama. Kebanyakkan kedai-kedai ini mempunyai stor di tempat lain dan biasanya mereka akan mengambil masa sehari untuk dapatkan barang tersebut. Kadang-kadang mereka mempunyai stok itu secara sedia-ada.
6)    Jika stok itu telah tersedia, anda boleh bayar dan periksa semua barangan tersebut dari semua segi seperti saiz, warna, jenis. Bawa pulang barang itu ke hotel atau hantar terus ke gudang untuk dihantar ke Malaysia. Jika pekedai ini tidak mempunyai stok tersedia, anda biasanya akan diminta untuk membayar 30-50% sebagai duit pendahuluan. Pastikan anda mendapatkan resit dan cop untuk ini.
7)    Pada hari kedua anda datang, jika barang telah tersedia. Ikut langkah 6. Jika barang tidak tersedia, minta pekedai itu pulangkan wang deposit dan batalkan urusan jika anda lihat pekedai ini tidak boleh dipercayai.
8)    Pastikan anda mengambil nombor telefon atau email pekedai itu untuk membuat pesanan seterusnya di masa hadapan. Kebelakangan ini kebanyakkan pekedai mempunyai laman web sendiri. Ini memudahkan lagi urusan anda di masa hadapan.
ANTARA PLAZA-PLAZA BORONG
PLAZA HANDBAG


 Trip Borong ke ChinaPLAZA BARANGAN KULIT


PLAZA PAKAIAN

BORONG BARANG MURAH DI GUANGZHOU.. Anda akan mendapat keuntungan yang berlipat 
kali ganda.
============================================
Dazra Ventures & Consultancy  (002302801-U)
Mobile: 017 847 8843
Facebook.com/JomBorongTerusDariSumber
Instagram: @dazraventures
Twitter: JomBorongTerus

www.dazra.my

Wednesday, January 28, 2015

TANDAS DI CHINA

1) Keadaan Tandas di China biasanya adalah sangat kotor.

2) Tandas tidak akan menyediakan air. Tisu perlu dibeli terlebih dahulu. (Jika anda tidak biasa

    menggunakan tisu, anda perlu membawa botol air mineral sebagai persediaan).

3) Kaedah terbaik adalah membuang air besar pada pagi hari sebelum keluar dari hotel, kerana sangat   
    
   susah untuk anda kembali ke hotel semata-mata kerana ini. 

          Trip Borong ke China

4) Dalam gambar disebelah, boleh dilihat gambar tandas- tandas yang tidak berpintu.
5) Jadi anda dinasihati merancang „perjalanan‟ buang air besar anda terlebih dahulu kerana  rata-rata orang 
    Malaysia tidak selesa dengan tandas yang sebegini.
6) Untuk membuang air kecil agak tidak bermasalah. 

SELAMAT DATANG KE CHINA DAN SERTAI PAKEJ BORONG GUANGZHOU, CHINA.

============================================
Dazra Ventures & Consultancy  (002302801-U)
Mobile: 017 847 8843
Facebook.com/JomBorongTerusDariSumber
Instagram: @dazraventures
Twitter: JomBorongTerus
www.dazra.my

Tuesday, January 27, 2015

DUIT PALSU DI CHINA

1) Peringatan dan Amaran mengenai Duit Palsu!!!
·         Duit palsu memang tidak asing di China dan lebih tidak asing bagi orang asing seperti kita ini. Dibawah
ini saya akan terangkan secara mendalam tentang duit palsu ini.
·         Kedua-dua duit diatas nampak seakan-akan sama tetapi salah satu dari duit ini adalah duit palsu.

·         Nombor “50” ini berwarna emas dan akan bertukar kehijauan jika digerakkan, dalam duit palsu, ini tidak berlaku. 


·         Duit yang sebenar mempunyai satu lagi no. 50 tersembunyi (water sign) di lokasi ini. 
·         Garisan warna silver yang wujud di duit palsu tidak kemas (perlu dilihat di bawah sinaran lampu. 
·         Di sini terdapat satu imej tersembuyi atau water sign Chairman Mao, dalam duit palsu juga terdapat ini
tetapi kualiti imej ini agak rendah. Anda perlu biasakan merasakan kertas duit ini dengan tangan untuk
 membezakan yang palsu dan yang sebenar. 
·         Warna disini dalam duit palsu agak cerah dan perbezaan warna di tempat ini agak ketara. 
·         Warna disini dalam duit palsu agak cerah dan perbezaan warna di tempat ini agak ketara.
·        Stripe silver disini agak keterlaluan. 
·         Duit seperti ini biasanya diberikan kepada anda di dalam teksi ataupun di kedai-kedai di tepi jalan
dimana pekedai itu tahu anda orang baru dan tidak begitu sedar dengan penipuan ini. 
·         Oleh yang demikian, sila ambil langkah berjaga-jaga dalam proses menerima duit baki dari kedai-kedai 
kecil dan teksi.

2)  Jika anda dua orang yang menaiki Teksi dan mempunyai barang di bahagian bonet, seorang perlu
     turun dahulu dan yang kedua hanya boleh turun selepas semua beg telah diangkut keluar. Ditakuti beg
     anda akan dilarikan oleh pemandu teksi tersebut.

3)  Elakkan diri dari memberi sedekah kepada pengemis di sana. Mereka akan meminta duit ini setiap hari
     dan semakin ramai orang akan minta pada anda jika mereka tahu anda memberi. Jangan layan.

4)  Elakkan dari membeli makanan di tepi jalan walaupun ianya dijual oleh orang Islam. Kerana kebersihan
     dan kehalalan makanan itu agak diragui.

5)  Jangan sekali-kali malu untuk melihat barang yang anda beli itu dengan teliti dari semua segi
    sepertimana anda membuat tempahan sebab kebanyakan dari mereka juga tidak akan berasa malu
     untuk menipu anda. Minta tukar atau batalkan pembelian jika anda rasa seperti tertipu. Ini perkara
     biasa.

Kepada para usahawan rebutlah peluang untuk Borong Barang Murah di Guangzhou bersama kami dan berkongsi ilmu bersama kami di Seminar Borong Guangzhou.

============================================
Dazra Ventures & Consultancy  (002302801-U)
Mobile: 017 847 8843
Facebook.com/JomBorongTerusDariSumber
Instagram: @dazraventures
Twitter: JomBorongTerus
www.dazra.my


Monday, January 26, 2015

PENGGUNAAN TELEFON DAN KAD SIM DI CHINA

1)      Anda boleh mendapatkan kad sim china setibanya anda di sana di mana-mana kedai telefon. Terdapat dua syarikat utama iaitu China Mobile dan China Telekom.


2)      Pakej yang disediakan juga adalah lebih kurang sama, anda boleh menggunakan pakej seperti yang di
      bawah oleh China Mobile:
·         Bayaran pendahuluan prepaid ¥ 100 (RM50)
·         Tiada kontrak
·         Semua panggilan masuk dikenakan bayaran kira-kira RM 0.20 seminit.
3) Peringatan Penting dan Kadar Panggilan.
·         Adalah lebih baik anda membeli kad sim China walaupun anda ingin tinggal hanya untuk 3-4 hari.
·          Panggilan dari Malaysia ke China sangat murah. Hanya kira-kira RM 0.50 bagi seminit.
·          Kod negara bagi China adalah +86 atau 0086. Jika anda mendail dari Malaysia, katakan nombor telefon China anda adalah 13650714946 untuk mendail dari Malaysia, anda harus mendail 008613650714946 atau +8613650714946
·         Untuk SMS pun menggunakan sistem yang sama.
·         Semua panggilan masuk dan keluar akan dikenakan bayaran
·         Jika gunakan talian Malaysia, panggilan masuk akan dikenakan cas yang sangat mahal. 
Panggilan Tempatan
                                                                                    Kadar Bayaran yang dikenakan
Panggilan Masuk Tempatan
RMB 0.60/seminit
Panggilan Masuk Tempatan Jarak Jauh
RMB 1.19/seminit
Panggilan Keluar Tempatan
RMB 0.60/seminit
Panggilan Keluar Tempatan Jarak Jauh
RMB 1.19/seminit

Panggilan Antarabangsa

                                                                                     Kadar Bayaran yang dikenakan
Semua Panggilan Masuk
RMB 1.19/seminit
Panggilan ke Hong Kong, Macau dan Taiwan
RMB 2.80/seminit
Panggilan Antarabangsa Terus
RMB 8.80/seminit
Panggilan Antarabangsa dengan IP 17951 *
RMB 5.40/seminit

** Panggilan menggunakan 12593 adalah sama seperti panggilan biasa tetapi anda mungkin perlu mendail lebih panjang daripada biasa. Contohnya untuk mendail no. saya di Malaysia, anda perlu mendail 125930060192967063. Kad IDD ini boleh didapati di mana-mana kedai telefon.

Tempatan – Satu Wilayah. Katakan kita di Guangdong, semua kawasan di Guangdong adalah dikira tempatan.

Tempatan Jarak Jauh – Wilayah-wilayah lain di China. Ini dikira Tempatan Jarak Jauh. Jika anda membeli sim card di Guangdong dan menggunakkan di Wilayah lain, panggilan masuk akan dikenakan cas yang tinggi.

Kini kami membuka ruang dan peluang kepada usahawan untuk Borong Barang Murah di Guangzhou bersama kami pada setiap bulan dan tahun. Trip Borong ke China ini akan dijalankan selama 4 hari 4 malam.

============================================
Dazra Ventures & Consultancy  (002302801-U)
Mobile: 017 847 8843
Facebook.com/JomBorongTerusDariSumber
Instagram: @dazraventures
Twitter: JomBorongTerus
www.dazra.my

Monday, January 19, 2015

PENGANGKUTAN TEMPATAN DI CHINA

Pengangkutan di Guangzhou dan bandar-bandar lain di China yang sesuai bagi kita adalah Teksi dan Metro. Pengangkutan lain tidak digalakkan kecuali anda mahir tentang tempat dan laluannya.

Teksi

Terdapat banyak teksi di Guangzhou tetapi masalah utama adalah bahasa. Hampir kesemua pemandu teksi ini tidak tahu berbahasa Inggeris dan bahasa isyarat tidak digalakkan kerana ditakuti kita akan sampai ke tempat yang bukan destinasi yang kita hendak pergi.
Untuk menggunakan Teksi, sila gunakan nota yang akan disediakan dalam bab seterusnya ini sebagai panduan untuk ke mana-mana samada ke plaza-plaza borong atau ke restoran Muslim.
Harga Teksi di Guangzhou bermula dengan ¥ 18 (RM9). Harganya akan meningkat mengikut kilometer tetapi tidak terlalu tinggi.
Teksi boleh dikatakan satu pengangkutan yang selamat di China kerana yang ramai menjadi mangsa rompakan bukannya penumpang teksi tetapi pemandunya. Sila lihat gambar dibawah. Setiap teksi akan dipasang gerigi besi seperti ini. Pada waktu malam, sesetengah penumpang tidak akan dibenarkan untuk duduk dibahagian hadapan.

Sentiasa pastikan teksi hanya menggunakan meter. Masalah ini biasanya tidak timbul. Jika anda dapati harga teksi ini adalah terlalu tinggi dari yang sepatutnya, minta resit dari pemandu teksi itu. Pemandu itu pasti akan takut dan menurunkan harga kepada harga sebenar.
INGIN MENIKMATI KEHIDUPAN DI GUANGZHOU.

TRIP JOM BORONG TERUS DARI SUMBER akan membawa anda mengenali China dan merasai sendiri cara kehidupan orang di sana.

============================================
Dazra Ventures & Consultancy  (002302801-U)
Mobile: 017 847 8843
Facebook.com/JomBorongTerusDariSumber
Instagram: @dazraventures
Twitter: JomBorongTerus

www.dazra.my



Friday, January 16, 2015

RESTAURAN ELIT DI CHINA

·         Terdapat kira-kira 10 restoran Muslim yang dikategorikan sebagai agak mahal di Guangzhou.
·         Antara yang terkenal adalah Tursun dan Old Ma Family (Ma disini bermaksud Muhammad).
·         Tursun adalah restoran makanan Uighur yang berasal dari wilayang Xing Jiang iaitu wilayah Islam di barat daya China.
·         Old Ma Family pun satu restaurant cina Islam yang halal tetapi mereka juga ada menjual minuman beralkohol. Namun ini adalah biasa di kebanyakkan restoran Muslim besar di China.
·         Berikut adalah alamat restoran ini.
i. Old Ma Family Restaurant
老马家饭店  白云区广园中路211号中旅酒店2楼  河北大厦对面
ii. Tursun
广东省第二中医院旁  恒福路和淘金路口

·         Selain dari itu, dibawah ini adalah senarai ringkas restoran-restoran Muslim yang besar di Guangzhou.
          
1) Xin Yue Muslim Restaurant
新粤穆斯林餐厅
Guangzhou tian he dis. Tian he north Rd #76 Xin jiang building 3rd floor
Tel : 020-38782783 38782782
天河区天河北路76号新疆大厦3

2) Muslim Brothers Restaurant (Dong Feng Branch)
兄弟穆斯林餐厅
Guangzhou dong feng west Rd 132# Liu hua ground 1st floor
Tel: 020-81054221
东风西路132号流花广场首层

3) Muslim Brother Restaurant (Huan Shi Dong Branch)
兄弟穆斯林餐厅(环市东店)
Guangzhou YUEXIU dis. Huang shi north Rd. 475# dong du da shi jie C65 1-2 floor 
Tel: 020-87626466
地址: 广州越秀区环市东路475号东都大世界首层C65号铺1-2

4) Nu Er Bo Si Tan Restaurant
努尔博斯坦餐厅
Guangzhou tian he dis. Lin he north rd. 137# 
tel: 020-38806710
地址: 广州天河区林和东路137号紫荆苑1

5) Old Ma Family (Dong Shan Branch)
老马家饭庄(东山店)
guang zhou yue xiu dis. Zhong shan one rd. 48#
TEl: 020-37652751
地址: 广州越秀区中山一路48

PERINGATAN!!!
·         Jangan minum air dari paip secara terus. Minum hanya air mineral dan air yang diambil dari tempat meminum air.
·         McDonald dan KFC adalah tidak halal di seluruh China
·         Restauran biasanya tidak bersih dan perangai orang dalam restoran pun kadang-kadang agak menjijikkan.

JOM SERTAI BERSAMA USAHAWAN YANG LAIN.

RAHSIA BORONG di SEMINAR JOM BORONG TERUS DARI SUMBER kepada peserta yang 
ingin menjadi Pemborong yang BERJAYA & KAYA.

TRIP JOM BORONG TERUS DARI SUMBER

============================================
Dazra Ventures & Consultancy  (002302801-U)
Mobile: 017 847 8843
Facebook.com/JomBorongTerusDariSumber
Instagram: @dazraventures
Twitter: JomBorongTerus

www.dazra.my