Tuesday, January 13, 2015

IMIGRESEN DAN KASTAM CHINA

1) IMIGRESEN DI CHINA

 Bagi pertama kali masuk ke China, paspot kita akan di periksa dengan teliti dan biasanya kita akan dipanggil 
    untuk sedikit soal-siasat. Ini proses biasa. Jangan panik.
 Jika ditanya apa-apa dalam bahasa Cina, hanya jawab sekadar “putong”. Jika ditanya dalam bahasa Inggeris,
    jawab soalan yang ditanya dengan tenang.
 Soalan yang biasa ditanya adalah,
a) Kenapa datang ke sini ? (jawab: untuk membeli belah atau untuk perniagaan)
b) Berapa ramai yang datang bersama ? (jawab: perkara benar)
c) Berapa hari akan tinggal di sini ? (jawab: yang benar, tarikh pulang seperti dalam tiket)
d) Tinggal di mana ? (jawab: 7 days inn atau Youth Hostel)
 Kadang kala akan terjadi salah faham kerana dalam paspot kita, tempat lahir akan ditulis nama negeri dan

    bukan Malaysia. Mereka akan bertanya, awak orang mana ? Kenapa awak lahir di KEDAH tetapi awak
        
   mempunyai paspot Malaysia ? (Jawab: Kedah adalah negeri dalam Malaysia, mereka mungkin tak faham.

   Ulang saja jawapan itu)

2) KASTAM DI CHINA

· Biasanya tidak ada masalah dengan kastam untuk masuk ke China.
 Jika mereka panggil sekalipun, bawa masuk beg dalam scanner.
 Jika diminta buka beg. Buka saja.
 Jika dia cakap apa-apa dalam bahasa Cina, jawab “putong” dan “Malaysia” saja.
 Biasanya respon yang diberikan kepada Malaysia adalah sangat baik dan biasakan          
    memberi ucapan “Ni hao” dan bersenyum.
 Had wang yang dibenarkan adalah RM10,000 atau 20,000 yuan.

SERTAI KAMI JOM BORONG TERUS DARI SUMBER.

SELAMAT DATANG KE CHINA.

============================================
Dazra Ventures & Consultancy  (002302801-U)
Mobile: 017 847 8843
Facebook.com/JomBorongTerusDariSumber
Instagram: @dazraventures
Twitter: JomBorongTerus
www.dazra.my


No comments:

Post a Comment