Cuba tengok gambar kat atas tu, comel kan? Comel, comel juga. Tapi bukan itu yang kami ingin sampaikan dan kongsikan pada blog kali ini. Manusia zaman sekarang ni, asyik berfikir je. Tapi tanpa mengambil apa-apa tindakan. Kita asyik fikirkan boleh atau tak kita lakukan sesuatu perkara. Akhirnya tidak membuahkan apa-apa hasil. Kita terlampau memikirkan kemungkinan sesuatu perkara hinggakan kita tidak berbuat apa-apa kerana takut akan kemungkinan yang mungkin atau tidak mungkin menjadi nyata.
Kita kaitkan dengan persoalan pada gambar di atas, "Sesuai tak aku jadi usahawan?". Perkara ini tidak sepatutnya menjadi persoalan. Jika kita minat sesuatu perkara, cuba dahulu. Cari, kaji selidik dan timba segala ilmu yang boleh tentang perkara yang kita minat itu. Jika tidak boleh, cuba jari jalan penyelesaian dan kaji di mana silapnya serta cuba perbetulkan kesilapan itu. Jangan sesekali berputus asa sebelum berusaha dan mencuba yang termampu.
Begitulah sepatutnya tindakan yang diambil oleh seorang usahawan. Anda perlu berusaha dahulu memulakan perniagaan anda. Timba ilmu dengan ahli peniaga-peniaga lain yang berjaya. Jika tidak untung, kaji di mana silapnya, kurang promosi, salah target market dan sebagainya. Perbaiki kesilapan itu dan cuba lagi sehingga mendapat untung.
Kerana itulah, kami di Dazra Ventures & Consultancy menekankan konsep perlunya ada ilmu dalam perniagaan. Kerana itulah kami memberikan pelbagai perkhidmatan untuk menambah ilmu pernigaan anda. Buat pengetahuan anda, "Core Business" kami ialah berkonsepkan Borong. Kami berikan Seminar kepada pelanggan kami iaitu Seminar HBO. Di seminar ini, kami mengajar peserta kami bagaiman untuk berborong di China, bagaimana untuk promosi dan memperkenalkan lagi perniagaan mereka serta bagaimana untuk membawa masuk produk mereka ke "Hypermarket". Kami membawa pelanggan kami pergi Trip Borong bersama kami di China. Kami mengajar mereka bagaimana dan di mana untuk mendapatkan barang untuk diborong dengan harga yang murah, cantik dan berkualiti di China. Kami akan ajar lengkap dari A sampai Z tentang ilmu berborong ini. Buat peniaga yang tidak berkesempatan untuk pergi ke China, kami juga ada menyediakan perkhidmatan Order Borong di mana peniaga boleh membeli barang secara borong dari China untuk di jual di Malaysia. Begitulah bagaimana anda tidak perlu berfikir sama anda sesuai atau tidak menjadi usahawan. Cuba dahulu dan carilah ilmu bersama kami.
#SeminarBorongChina #SeminarHBO #TripBorongChina #OnlineMarketing #Dazra #DazraVentures #TripBorongGuangzhao #TripBorongYiwu #TripBorongShenzhen #OrderBorongChina
No comments:
Post a Comment