Wednesday, January 25, 2017

Kenapa China?? Hah, agak-agak dalam banyak-banyak negara yang kita boleh pergi membeli-belah, contohnya Paris, banyak barang-barang yang berjenama mahal-mahal, Ramona, Gucci, Carlo Rino, hah apa lagi, baju, kasut, beg tangan, jam tangan, minyak wangi ada je kat Paris, Korea Selatan, terkenal dengan produk kosmetiknya, gadgetnya, atau USA? Jadi, kenapa kami tidak pergi memborong di negara-negara lain tetapi memilih China sebagai tempat untuk memborong segala jenis barang untuk dijual di Malaysia?

Mudah sahaja jawapannya, China kan sekarang menjadi tumpuan dunia dan digelar sebagai "Kilang Dunia". Pada hari ini, China lebih dikenali sebagai sebuah negara kuasa ekonomi yang terhebat di dunia. China dijangka akan menjadi kuasa ekonomi setanding dengan Amerika Syarikat dalam beberapa puluh tahun lagi. Kini China menjadi pusat memborong barang yang mudah dan imej kualitinya pun semakin meningkat naik.

Antara sebabnya ialah kos buatan produk di China sangatlah rendah berbanding dgn negara2 yg lain. Terdapat juga barangan murah di negara-negara lain seperti Vietnam dan Indonesia, tetapi mereka tidak mempunyai pilihan harga yang pelbagai seperti di China. Di China juga kita mempunyai pilihan yang banyak. Seluruh negara didunia tertumpu ke China untuk membeli barangan, maka pilihan barangan yang ada di China ini adalah sangat luas dan memudahkan kita untuk mendapatkan apa saja yang kita perlu. Dan antara sebab yang paling utama kenapa kami pilih China adalah kerana kualiti barangannya yang semakin baik dan peratusan penipuannya yang semakin berkurangan hasil dari penguatkuasaan dari pihak kerajaan China secara berterusan. Jika tidak kerana ini, tidak mungkin jenama-jenama besar seperti Adidas, Nike, Puma, Timberland, Canterbury dan lain-lain menempah barangan mereka dari negara ini. Syarikat-syarikat ini tentu mengutamakan kualiti dalam pengeluaran barangan mereka.

Sekarang dah ada jawapan ringkas antara sebab kenapa China. Jadi, mesti anda tertanya-tanya macam mana kalau anda nak Borong Barangan Murah di China kan? Bukan mudah tau. Tapi kami di Dazra Ventures & Consultancy boleh membantu anda. Kami boleh membawa anda untuk pergi Trip Borong China bersama kami dengan pakej yang berpatutan yang kami sediakan. Jika tidak berkesempatan pergi terus ke China pon tidak mengapa kerana kami juga menyediakan perkhidmatan order borong China untuk anda memborong barang-barang dari China secara online. Jadi untuk tau lebih lanjut, anda boleh layari www.TripBorongChina.com / www.dazra.my / www.SeminarBorongChina.com atau whatsapp kami di nombor 011-13004869 / 013-2035697.







#TripBorongChina #TripBorongGuangzhou #TripBorongShenzhen #TripBorongYiwu #SifuBorong #BarangChina #Dazra #DazraVentures #MaharajaBorong #SeminarHBO

No comments:

Post a Comment