Menetapkan harga barangan jualan
dalam perniagaan adalah antara satu strategi yang sukar, namun penetapan harga
amat penting dilakukan dengan betul. Ramai yang berfikiran meletakkan harga
yang rendah untuk produk mereka adalah langkah terbaik kerana lagi rendah
harga, lagi ramai yang akan membeli. Ada juga yang fikir perlu meletakkan harga
yang tinggi supaya produk tidak dilihat berkualiti rendah.
Sama ada produk yang kita jual
adalah murah ataupun mahal, teknik penetapan harga adalah diutamakan dalam perniagaan.
Tidak semestinya produk yang murah mudah dijual dan pada waktu yang sama,
walaupun terdapat jam RM50, tetapi jenama jam RM5,000 adalah lebih dikenali!
Antara faktor yang perlu diambil
kira dalam menetapkan harga produk atau perkhidmatan:
1. Fikirkan siapakah pasaran
kita dan pendapatan sasaran pasaran.
2. Fikirkan juga
harga yang diletakkan oleh pesaing atau perniagaan yang serupa dengan
kita.
3. Fikirkan hubungan
antara kualiti dan harga - sekiranya kualiti yang tinggi, harga juga boleh
ditinggikan.
4. Fikirkan kos produk dan
juga pengendalian perniagaan. Dalam perniagaan, pastinya kita ingin
keuntungan, dan pada waktu yang sama, perniagaan perlu bertahan pengendalian
untuk jangka panjang.
Apa
yang penting adalah, apabila menetapkan harga, letakkan diri kita sebagai
pembeli dan dengan jujur, tanya diri kita sendiri, sekiranya produk kita dijual
pada harga tersebut, adakah kita akan membeli?
SELAMAT DATANG KE CHINA.
SERTAI TRIP BORONG GUANGZHOU dan rasai pengalaman memborong yang sangat menguntungkan
============================================
Dazra Ventures & Consultancy (002302801-U)
Mobile: 017 847 8843
Facebook.com/JomBorongTerusDariSumber
Instagram: @dazraventures
Twitter: JomBorongTerus
Facebook.com/JomBorongTerusDariSumber
Instagram: @dazraventures
Twitter: JomBorongTerus
www.dazra.my
No comments:
Post a Comment