Wednesday, February 11, 2015

PENGHANTARAN BALIK BARANG DARI CHINA KE MALAYSIA MELALUI LAUT

1. Melalui Laut

- Penghantaran barangan balik dari China adalah satu proses yang rumit dan sukar dilakukan oleh orang asing seperti kita.

-  Biasanya jika anda menempah barang yang banyak, proses ini akan diuruskan oleh pembuat barangan anda dan anda harus membayar terus kepada mereka.

-  Untuk barangan yang kurang dari satu kontena, biasanya kaedah yang digunakan adalah menggunakan shipping / forwarding agent.

-  Kemudiannya kita harus membuat clearance ini di Port Kelang setelah kita mendapat surat BL (Bill of Lading) di Pelabuhan Klang. Semua informasi ini akan diberikan kepada anda oleh syarikat yang mengendalikan penghantaran barangan anda.

-  Selain itu, anda juga boleh mengunakan syarikat kami dimana kami membuat penghantaran barangan ini terus dari China ke rumah anda dengan kos RM 450 bagi satu 1 cbm.

-  Satu cbm bermaksud tinggi, lebar dan panjang ruang yang kita gunakan untuk meletak barang adalah satu meter. Sila lihat rajah di bawah.
                                                        
- Cara mengira CMB (Cubic Meter) adalah dengan mendarabkan panjang, lebar dan tinggi kotak barangan dan hasilnya adalah dalam nilai CBM.

-  Contohnya, jika terdapat satu kotak dengan ukuran 40cm x 40cm x 15cm. Bagaimana caranya untuk anda mengira CBM kotak ini?
48

-  Mula-mula, tukarkan semua unit ukuran itu dalam bentuk Meter. Contohnya dalam kes kita ini, ia akan menjadi 40 cm menjadi 0.40 m dan 15 cm menjadi 0.15 m.

-  Darab kesemua nilai ini, 0.40m x 0.40m x 0.15m = 0.024 cbm.

-  Anda boleh memuatkan kira-kira 41 buah kotak bersaiz seperti ini dalam satu CBM.

-  Dibawah adalah nilai CBM bagi sebuah kontena.

i. Kontena 20 kaki boleh memuatkan 26-28 CBM
ii. Kontena 40 kaki boleh memuatkan 56-58 CBM
iii. Kontena 40 kaki HQ boleh memuatkan 60-62 CBM

- Setelah membuat pembelian, anda boleh menghantar sendiri atau meminta pekedai itu menghantarkan barangan anda ke alamat gudang kami.

-  Pastikan barangan ini dibungkus semula dengan baik, jika tidak pekerja di gudang terpaksa membungkusnya sekali lagi (akan dikenakan caj).

         TRIP BORONG KE CHINA

Gambar peserta sedang membungkus dan mengumpul barang untuk dihantar pulang.

- Minta orang itu letakkan kod DV kepada kotak-kotak yang ingin dihantar balik ke Malaysia.
** tulis di setiap penjuru kotak. Contoh: DV/RAMDAN
- DV merupakan kod syarikat kami dan di bahagian RAMDAN merupakan nama anda sendiri, letakkan nama sahaja.

Tempah Barang dari Guangzhou adalah sangat menguntungkan. Sertai Trip Borong Guangzhou.

============================================
Dazra Ventures & Consultancy  (002302801-U)
Mobile: 017 847 8843
Facebook.com/JomBorongTerusDariSumber
Instagram: @dazraventures
Twitter: JomBorongTerus
www.dazra.my

No comments:

Post a Comment