Langkah-langkah pemborongan yang
salah akan membazirkan masa, wang dan tenaga anda. Untuk itu, perlu belajar
langkah demi langkah terlebih dahulu supaya tindakan yang anda bakal buat ini
lebih tersusun dan tepat.
Seperti dalam mana-mana bidang
sekalipun, untuk berjaya dalam perniagaan anda perlukan 3 perkara penting
Ilmu - Untuk mendapatkan Ilmu, anda
perlu banyak membaca, menghadiri majlis ilmu seperti kursus dan seminar. Dalam
mendapatkan ilmu memborong di China, anda sebenarnya sudah berada di tempat
yang betul.
Mentor
- Anda perlu mempunyai mentor atau sifu
untuk membimbing anda menguruskan perniagaan sehingga berjaya. Menurut
pandangan ahli perniagaan yang telah berjaya, mereka mempunyai mentor atau
idola masing-masing yang dijadikan sumber inspirasi dalam perniagaan mereka.
Berasaskan kepada kejayaan mentor, anda akan lebih yakin dan berani untuk
menjalankan perniagaan dengan lebih teratur dan bersemangat.
Keyakinan dalam diri sangat
penting untuk memastikan orang lain juga yakin dengan anda. Anda tidak perlu malu
untuk mencuba sesuatu yang menjurus ke arah kebaikan. Anda perlu sentiasa
bergaul dengan mereka yang sudah mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam
perniagaan.
Komuniti
- Untuk komuniti pula, kami sentiasa
mengadakan pertemuaan antara usahawan-usahawan borong terus dari sumber dari masa ke semasa
supaya kita dapat berhubung dan berkongsi pengalaman sesama sendiri. Dengan
adanya komuniti seperti ini, anda akan menyedari bahawa mereka banyak
mempengarui anda dalam membuat keputusan perniagaan. Jikalau anda tidak mempunyai
masa, anda boleh sertai komuniti facebook kami iaitu
facebook.com/JomBorongTerusDariSumber.
Sertai kami Trip Borong Ke China untuk mendapatkan ilmu memborong yang bakal membantu perniagaan anda semakin maju.
============================================
Dazra Ventures & Consultancy (002302801-U)
Mobile: 017 847 8843
Facebook.com/JomBorongTerusDariSumber
Instagram: @dazraventures
Twitter: JomBorongTerus
Facebook.com/JomBorongTerusDariSumber
Instagram: @dazraventures
Twitter: JomBorongTerus
www.dazra.my
No comments:
Post a Comment